Sunday, 23 December 2012

resepi tart telur

Ahad
23/12/2012




 BAHAN-BAHAN

Pastri
-500gm tepung gandum
-1 stgh cawan marjerin
-1 sudu besar lemak sayur
-2 sudu besar gula
-1 biji telur

Bahagian dalam(kastad)
-1 cawan susu cair
-4 biji telur
-1 cawan gula
-1 cawan air biasa
-1 sudu besar tepung kastad
-1/2 sudu esen vanilla


Cara membuat Pastri
1-Gaulkan semua bahan kecuali telur
2-Masukkan telur dan gaul rata
3-Canaikan setebal 1/2 cm sebelum membentuknya bulat
4-letakkan kulit tat ke dalam acuan yang kecil
5-cucukkan acuan tadi (untuk menghilangkan gelembung angin)
6-Bakar selam 10 minit pada suhu 180c
7-keluarkannya dan tuangkan adunan kastad telur kedalam tat.
8-Bakar balik 5 minit
9-Sejukkannya... dan hidang

Cara membuat Kastad
1-Gaulkan semua bahan perlahan-lahan sehingga sebati
2-Tuangkan ke atas kulit tat yg telah dibakar separuh masak.



1 comment:

  1. wowowww.. kene cuba ni.. nampak sedap sangat..

    ReplyDelete